Wednesday, 21 January 2015

Peminat Telah Bercakap Tentang Hal Ini. Akhirnya Neelofa Dedahkan Melalui Video 11 Minit Ini.




Peminat Telah Bercakap Tentang Hal Ini. Akhirnya Neelofa Dedahkan Melalui Video 11 Minit Ini.


#Penghijrahan Neelofa baru baru menjadi perhatian ramai dan mesti ada diantara anda ingin mengetahui kisah disebalik keputusan pelakon & pengacara popular ini untuk bertudung penuh.

#Neelofa muncul dalam sebuah segmen melalui siaran radio IKIM FM untuk menceritakan kisah perjalanan beliau sepanjang lebih setahun untuk mencari kebahagiaan yang kekal selepas memiliki segalanya dalam hidup.

Selain mengikuti <kelas agama & membaca, antara langkah awal Neelofa untuk terus berhijrah adalah untuk melengkapkan solat lima waktu dan berkat doa dalam solat harian, Neelofa percaya Tuhan turunkan hidayah untuk dirinya.



            

5 VIDEO: Di Sebalik Tabir 'Ultras' Final AFF Suzuki Cup 2014 Yang Ramai Tidak Tahu




Di Sebalik Tabir 'Ultras' Final AFF Suzuki Cup 2014 Yang Ramai Tidak Tahu, Admin Kaki Viral terdetik untuk menulis Article Final AFF Suzuki Cup 2014 ini kerana bagi kami, Final kali ini adalah yang paling meriah sekali yang pernah ada di Negara. Sungguh pun kita kalah dengan pasukan Lawan, Thailand, tetapi bagi Admin kakiviral.com, kita menang di gelanggang kita cuma rezeki tidak memihak kepada kita.. di sini admin nak belanja korang beberapa video menarik sepanjang final itu yang di sediakan oleh FB Ultras in Malaysia.. Jom Saksikan Video meremang bulu Roma ini.. heheh..


Post by Ultras in Malaysia.




6 SEBAB KAMI TAK SUKA AMRAN FANS

6 SEBAB KAMI TAK SUKA AMRAN FANS

#Walaupun Amran Fans ramai peminat, tetapi Amran Fans tetap mempunyai ‘haters’. Rupa-rupanya bukan semua ‘likers’ Amran Fans di Facebook adalah orang yang suka padanya,terdapat juga beberapa orang yang benci pada Amran Fans. Berikut adalah beberapa alasan mereka yang membenci Amran Fans.

1) Amran Tak Kacak.


#Jawapan ini diberikan oleh salah sorang jejaka kacak tetapi tidak seorang pun perempuan yang ‘melekat’ padanya. Keluh beliau “Ntah apalah yang perempuan neh batak sangat dengan Amran tuh, menyampah aku tengok, macam Bangla baru masuk Islam jer.” Ayat ini dikatakan oleh jejaka tersebut iaitu nama samaran beliau ‘Mr Forever Alone’.

2) Pengasas Kepada Perkataan-Perkataan Ofensif.


#Tidak dinafikan, ayat-ayat yang tidak sopan menjadi viral kerana Amran. Contoh dua ayat yang menjadi ikutan adalah seperti ‘Lanjio’ dan ‘Ale Uto’. Tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh beliau, kononnya ‘Lanjio’ bermaksud buah oren jenama ‘Malinjau’ manakala ‘Ale Uto’ bermaksud ‘I Love U Too’.

3) Bapa Yang Tidak Bertanggungjawab.


Amran mempunyai seorang anak bernama Qaseh yang diperoleh dari peraduan gores dan menang. Amran sendiri tidak #menyangka, perkataan ‘Terima Qaseh’ bermaksud menerima Qaseh sebagai anaknya, anak tersebut kemudian dibiarkan tanpa penjagaan dan kasih sayang yang sepatutnya. Ekoran itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan Akta Kanak-Kanak 2001 diubah kepada Akta Kanak-Kanak 2015 untuk ibu bapa yang tidak bertanggungjawab seperti Amran.

4) Benci Awek Gemuk dan Hitam.



Walaupun Amran seorang yang tak berapa nak putih, tetapi Amran seorang yang tidak menggemari perempuan gemuk dan hitam. Mungkin Amran pernah kecewa dengan seorang perempuan yang gemuk dan hitam seperti gambar diatas.


5) Jual T-Shirt Mahal.



Jika artikel sebelum ini, 6 Sebab Kami Sayang Amran Fans menyatakan yang Amran adalah seorang Admin berjiwa Likers, tetapi sebenarnya tidak lah sangat. Sengaja kami menambah point tersebut supaya cukup 6 point. Sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati dengan Amran, antara keluhan Likers Marhaen tersebut adalah “Dah lah design dengan font macam ntah hape-hape, tapi nak jual T-Shirt standard harga macam Polo, Poyo betul dak Meran tuh” ujar Likers Marhaen tersebut, bukan kami yang cakap.

6) Tidak Faham Erti Troll/Sarcasm/Satire.



Tidak kurang juga, golongan yang membenci Amran Fans adalah golongan yang tidak faham maksud kata-kata sinis dan seorang yang terlalu serius. Golongan ini adalah golongan yang otak kanannya sudah tidak berapa hendak berfungsi ataupun mungkin sudah ditarik nikmat kegembiraan dihatinya sebelum mati kerana tidak dapat menikmati nikmat kelakar, bergurau senda atau senang kata nikmat rasa bahagia didalam hati.

Tuesday, 20 January 2015

Video: Kali Ini Aaisyah Akan Buat Anda Semua Tersenyum Dengan Gelagat Dan Senyuman nya




Kali Ini Aaisyah Akan Buat Anda Semua Tersenyum Dengan Gelagat Dan Senyuman nya.. Ini adalah Video yang ke-2 teah kami kongsi kan kepada umum.. sangat comel.. tidak kedekut dengan senyuman.. kami pun terkejut melihat aksi Aaisyah Dhia Rana ini..


                       

Ramli MS Back Up Qu Puteh, Sindir Pengkritik?



#Ramli MS Back Up Qu Puteh.. #Komposer muzik terkenal, Datuk Ramli MS telah membela penaja Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) iaitu Qu Puteh yang menerima pelbagai kritikan negatif daripada pelbagai lapisan masyarakat.



#Datuk Ramli MS menyatakan pengasas produk tersebut telah membelanjakan berjuta-juta duit untuk program AJL29. <Jadi, promosi yang diberi adalah setimpal dengan jumlah wang yang ditawarkan.

Kontroversi Lagu Apa Khabar Juara AJL29, Siti Nurhaliza Beri Penjelasan Mengejutkan




Selepas lagu Apa Khabar dikecam peminat kerana dinobatkan sebagai juara AJL29 pada malam Ahad lalu, kini Siti Nurhaliza tampil memberikan penjelasan sebenar.

Respon penyanyi tersohor itu yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak pasti mengejutkan ramai pengkritik tidak bertauliah di luar sana.

Kejayaan lagu Apa Khabar dendangan penyanyi rap otai Joe Flizzow bersama gandingan Sona One telah merebut gelaran juara pada malam gemilang Anugerah Juara Lagu ke 29 yang lepas namun terdengar ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza selaku salah seorang juri pada pertandingan tersebut telah memberi respon ekoran ramai yang tidak suka dan mempertikaikan keputusan juri apabila lagu Apa Khabar mengungguli Anugerah Juara Lagu 29.

Kenyataan yang asalnya diutarakan oleh pengurus penyanyi nombor satu tersebut iaitu Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya telah dikongsi Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tanda bersetuju dan ingin menjelaskan kepada peminat khususnya yang mempersoalkan keputusan tempoh hari.




Penyanyi itu juga memuji hujah dan kenyataan yang dinaikkan Rozi Abdul Razak di Instagram miliknya itu dan memberitahu bahawa hanya orang yang sudah sekian lama berada dalam dunia muzik akan faham akan keputusan mengapa Apa Khabar menjadi juara.

Lagu Apa Khabar ciptaan Sona One dan Joe Flizzow telah dipilih sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke 29 (#AJL29) setelah dipersembahkan oleh mereka berdua.

Ini merupakan kejayaan sulung bagi lagu berirama Hip Hop yang buat pertama kalinya dinobatkan sebagai juara dalam sejarah penganjuran Anugerah Juara Lagu dan melayakkan mereka pulang dengan trofi dan wang tunai bernilai RM50,000.

Enot Buat Pendedahan Mengejutkan Mengenai Perangai Bekas-Bekas Suami


Enot Buat Pendedahan Mengejutkan Mengenai Perangai Bekas-Bekas Suami

#Pelawak wanita terkenal, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, membuat satu pendedahan mengejutkan mengenai perangai bekas-bekas suaminya yang terdahulu.

Pendedahan ini menjadi punca sebenar kenapa beliau sudah serik untuk berkahwin dan lebih rela untuk #hidup sebagai ibu tunggal.

Luahan sedih Enot serik tanggung bekas suami dulu - Selepas terus membisu tentang punca penceraian dengan bekas suami pada Mac tahun lalu, pelawak dan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, akhirnya membuka mulut berhubung perkara tersebut.

Walaupun memberikan jawapan yang tidak secara langsung namun ramai pasti mengetahui maksud Enot di sebalik penjelasannnya. Kata ibu kepada Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina itu, dia sudah #serik untuk berkahwin kerana tidak mahu lagi menanggung suami.

"Saya harap sangat #agar tidak berkahwin lagi. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal selamanya daripada menanggung suami.

"Apa yang membuatkan saya serik ialah kedua-dua perkahwinan saya yang terdahulu mempunyai masalah yang sama. Sebab itu saya fobia dan serik."

Untuk pengetahuan, Enot pernah berkahwin dengan bekas suami kedua, Zainul Abidin Mat Noor, 42, pada 21 November 2008 namun bercerai lima tahun kemudian kerana tiada persefahaman. Dengan bekas suami pertama pula, Enot dikaruniakan dua cahayamata.

Sumber : mStar Online