Wednesday, 14 January 2015

TINDAKAN AWIE TUDUH ROZANA LAKUKAN PERBUATAN KHURFAT MAKAN DIRI?




#Rozana Misbun berkata, tindakan Awie menuduhnya melakukan amalan khurafat dan syirik yang bertentangan dengan perintah Allah adalah perbuatan terdesak bertujuan mengaibkan isteri sendiri. Rozana berkata, tuduhan Awie melalui peguamnya di mahkamah dilakukan tanpa menyertakan bukti yang akhirnya memakan diri sendiri.

“Kenapa hanya selepas saya keluar dari rumah kami baru dia nak kata terjumpa macam-macam? Kenapa selama ini dia tidak dedahkan perkara itu?  Bagi saya tindakan dia memburuk-burukkan saya dengan cara itu adalah tindakan terdesak,” katanya.

#Terdahulu Rozana berjaya mengenepikan perintah sebelah pihak (ex-parte) hak jagaan sementara terhadap tiga anak mereka yang sebelum itu diserahkan kepada Awie. Awie turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000

Pada sesi penghujahan yang berlangsung pada Selasa lalu, peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu mahkamah, anak guamnya mempunyai bukti kukuh bahawa Rozana seorang pengamal perkara syirik, khurafat dan tahyul dengan penemuan beberapa barang di rumah kelamin mereka. Barang-barang berkenaan seperti darah, rambut dan tulang yang diletakkan di dalam botol kecil selain patung kemaluan lelaki diperbuat daripada emas tulen dan patung logam Buddha.

Dalam pada itu, Rozana berkata, dia tidak terkesan dengan tuduhan tidak berasas itu itu kerana akhirnya kebenaran akan menceritakan segala-galanya. Malah kata Rozana, keputusan yang dibuat mahkamah terhadap kes berkenaan turut membuktikan alasan dikemukakan oleh Awie tidak munasabah.

“Saya tidak hidup dipuji mahupun mati kerana dikeji jadi biarlah apa juga yang ingin dikatakannya tentang saya. Sejak awal lagi dia memang berniat untuk mengaibkan saya, jadi biarkanlah,” jelasnya.

Sementara itu, Rozana berkata, dengan keputusan mahkamah tersebut dia akan berusaha untuk berjumpa anak-anaknya selepas ini. Dia juga akan berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut  berhubung isu status sijil perkahwinan dan anak-anaknya.

“Sebelum ini saya tidak berjumpa anak-anak kerana lawatan perlu dilakukan di rumahnya selain talian telefon anak telah dimansuhkan. Dengan keputusan ini saya harap tiada lagi alasan untuk saya bertemu mereka dengan cara yang saya tentukan,” ujarnya.


-SUMBER-

No comments:

Post a Comment