Monday, 19 January 2015
Amaran Saya Yang Terakhir Kepada Pihak Media- TMJ
Dipetik dari Laman Sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.
Inilah mengapa perlunya kami mempunyai laman sosial dan laman web rasmi yang diuruskan secara profesional, dimana tidak ada media cetak mahupun elektronik yang boleh memutarbelitkan sebarang kenyataan saya. Saya terima keputusan berikut tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan isu berkaitan dengan Gary Steven Robbat seperti yang telah dilaporkan dalam akhbar Kosmo pada hari ini.
Bagi pandangan saya laporan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan tidak beretika kerana tidak merujuk kepada saya terlebih dahulu dan ini merupakan amaran saya yang terakhir kepada pihak media dimana saya akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada lagi laporan yang memutarbelitkan kenyataan saya. Tanggungjawab media adalah untuk menyebarkan laporan yang tepat berdasarkan kajian dan fakta yang menyeluruh bukan sekadar mencipta cerita yang berunsur gosip semata-mata untuk mendapatkan rating yang tinggi.
DYAM Brigadier Jeneral, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
.........
This is the reason why we need to have our own official social media page and website that are handled by professionals, so that no media can twist my words. I accepted the decision made by the Football Association of Malaysia (FAM) on matters related to Gary Steven Robbat, but it does not mean that I agreed or conformed with the verdict as falsely reported by the Kosmo newspaper today.
In my opinion, it is very irresponsible and unethical of them for not consulting me first. This is my final warning to all media. Stop twisting my words, or strict actions will be taken. It is the responsibility of the media to report news based on research and facts, and not gossips just for the sake of getting higher ratings.
HRH Brigadier General, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor .
-Kaki Viral-
Sumber
Labels:
INFO,
ISU TERKINI,
VIRAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment